Sunday, April 9, 2017

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual


Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual mampu melahirkan graduan yang berkualiti di dalam bidang seni Rekabentuk Grafik dan Teknologi Media Cetak. Program yang ditawarkan ini adalah satu bidang pengkhususan yang menguji mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang komunikasi visual. 

Kedua-dua program yang ditawarkan di PMS ini sangat menarik kerana ia mampu menonjolkan bakat dan kreativiti seseorang melalui penghasilan kerja seni visual mereka. Ia merangkumi bidang komunikasi visual dan penyampaian termasuk penggunaan tipografi dan gambaran fotografi.

Pelbagai kaedah untuk mewujudkan dan menggabungkan simbol imej atau perkataan bagi mewujudkan satu gambaran visual idea dan mesej. Rekabentuk grafik kebiasaannya digunapakai dalam pembikinan majalah, iklan, pembungkusan produk dan rekabentuk web.

Bagi merealisasikan idea dan konsep melalui kaedah pembelajaran, PMS mengambil inisiatif menawarkan program Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Teknologi Media Cetak bagi mereka yang minat untuk mendalami seni visual serta membina kemahiran menghasilkan rekabentuk secara kreatif dan profesional.


No comments:

Post a Comment