Tuesday, April 25, 2017

IKON BAHARU MUADZAM SHAH


Dalam usaha mewujudkan produk tarikan di Bandar Muadzam Shah di sini, sekumpulan pelajar Politeknik Muadzam Shah dari dua jabatan iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah berganding bahu untuk menghasilkan lukisan dinding yang kini menjadi trend di beberapa bandar lain dalam negara ini.

Hasil lukisan seni ini diberi nama Tembok Muadzam  yang kini sudah mula menjadi tarikan penduduk setempat yang berkunjung untuk sesi bergambar. Koordinator Projek, Irma nur Syahirin Ali Zaini, 21 berkata, projek lukisan yang melibatkan pelbagai konsep seperti doodle art, mural dan 3D tersebut telah berjaya disiapkan dalam masa lima hari setelah diberi kebenaran oleh Majlis Daerah Rompin (MDR).

Pada mulanya idea menjalankan projek ini timbul setelah berbincang dengan sembilan rakan lain yang mahu mencari sesuatu yang mempu menjadi tarikan supaya bukan sahaja untuk penduduk setempat tetapi pelancong tempatan dan luar berkunjung ke sini.


"Tidak sangka pula mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak MDR dan pelajar JRKV yang akhirnya projek Tembok Muadzam ini berjaya disiapkan. Saya lihat kini ia mula menjadi tarikan bagi penduduk setempat bersantai mengambil gambar, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, lebih berasa puas setelah ia disiapkan kerana semua yang terlibat terpaksa mengeluarkan wang sendiri dan dikumpul untuk membeli cat serta peralatan dengan anggaran kos sebanyak RM 2,000.00. Sambutan dan respons yang sangat baik diberikan oleh masyrakat setempat setakat ini turut menjana semangat positif dan tidak mustahil akan ada lagi projek sebegini pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah turut berbangga dan gembira dengan usaha pelajar yang mencipta sesuatu dalam usaha menghasilkan produk yang mempu menjadi tarikan pelancong ke Muadzam Shah.


Friday, April 21, 2017

PINGAT EMAS BUAT JRKV PMS


Tahniah diucapkan kepada Pensyarah dan Pelajar Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah sempena pertandingan di 7th Exposition On Islamic Innovation (i-INOVa) 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia dengan mendapat Anugerah Emas Kategori Terbuka dengan produknya Wada Baraqah / Set Pengurusan Jenazah.


Tuesday, April 18, 2017

KENANGAN DULU-DULU

Gambar kenangan En.Rosli Zainudin (Mantan Ketua Jabatan JRKV) dan Staf JRKV bersama Pn Hjh Norlida Abd Razak (Mantan Pengarah Politeknik Muadzam Shah)

Monday, April 10, 2017

DOODLE ART TERPANJANG DI MALAYSIA POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Lukisan 'Doodle Art' yang terpanjang di Malaysia telah pun dihasilkan oleh 348 orang pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah yang telah direkodkan di dalam Malaysia Book of Records.

Ianya sepanjang 528.8 meter dan 0.7 meter tinggi yang dihasilkan dengan cat dan pen selama lima hari. Pelajar-pelajar yang terlibat mengambil jurusan Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Media Cetak.



Doodle Art merupakan lukisan yang dilukis secara spontan dengan contengan kasar yang sangat unit dimana ianya melibatkan lakaran contengan tanpa memikirkan sesuatu yang berat.

Tema lukisan tersebut ialah 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' yang mula dihasilkan sejak 24 September dengan memaparkan soal perpaduan, keagamaan dan kebudayaan masyarakat Malaysia.


Sunday, April 9, 2017

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual


Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual mampu melahirkan graduan yang berkualiti di dalam bidang seni Rekabentuk Grafik dan Teknologi Media Cetak. Program yang ditawarkan ini adalah satu bidang pengkhususan yang menguji mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang komunikasi visual. 

Kedua-dua program yang ditawarkan di PMS ini sangat menarik kerana ia mampu menonjolkan bakat dan kreativiti seseorang melalui penghasilan kerja seni visual mereka. Ia merangkumi bidang komunikasi visual dan penyampaian termasuk penggunaan tipografi dan gambaran fotografi.

Pelbagai kaedah untuk mewujudkan dan menggabungkan simbol imej atau perkataan bagi mewujudkan satu gambaran visual idea dan mesej. Rekabentuk grafik kebiasaannya digunapakai dalam pembikinan majalah, iklan, pembungkusan produk dan rekabentuk web.

Bagi merealisasikan idea dan konsep melalui kaedah pembelajaran, PMS mengambil inisiatif menawarkan program Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Teknologi Media Cetak bagi mereka yang minat untuk mendalami seni visual serta membina kemahiran menghasilkan rekabentuk secara kreatif dan profesional.