Monday, May 15, 2017

iCOMPEX 17


Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik Muadzam Shah telah menghantar 3 penyertaan bagi projek inovasi pelajar ke National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 (iCOMPEX 17 pada 21-23 Mac 2017 yang berlangsung di POLIMAS, Jitra, Kedah. Ketiga-tiga projek tersebut telah dianugerahkan dengan Silver Medal.


Nama Projek : Vege Planting Seeds
Nur Syahirah Abdullah
Sya Noor Afiqah

Nama Projek : Organic Mushroom Box
Nurul Asma Bustamam
Sharifah Nur Bariah Syed Abdul Aziz


Nama Projek : DIY Batik
Muhammad Anass Hamzah
Muhammad Hazim Nazar
Mohammad Aqil Danial Mohd Rahman


PERTANDINGAN CERGAS BERSAMA ANTABAX


Pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual PMS telah memenangi pertandingan anjuran Antabax-Lam Soon dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, KPM & Kementerian Pelancongan serta penaja Lembaga Pembangunan Seni Lukis. Seramai 13 orang pelajar JRKV telah menunjukkan bakat dan memenangi pertandingan tersebut.
  • Tempat Ketiga - Wang Tunai RM 800.00, Sijil & Hamper
  • 12 orang pelajar telah mendapat hadiah saguhati berupa Sijil & Hamper.

Tahniah Kepada Pelajar JRKV


Wednesday, May 10, 2017

STAF JRKV 2015

 Gambar Kenangan : Staf jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual 2015


DOODLES ARTS TERPANJANG DI MALAYSIA


Seni Doodle adalah suatu lukisan spontan yang dilakukan tetapi unik kerana akan terhasil lukisan yang lain daripada yang lain. Seni Doodle juga boleh ditafsirkan sebagai lakaran contengan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat.

Seni Doodle telah diperkenalkan sebagai salah satu aliran seni bersifat umum serta idea kreatif yang diterjemahkan secara spontan dalam bentuk lukisan. Motif lukisan selalunya terdiri daripada landskap, watak komik, televisyen, corak geometri dan organik serta abstrak dan apa sahaja yang terlintas difikiran.


Program untuk menghasilkan rekod lukisan seni Doodle terpanjang di Malaysia adalah hasil cetusan idea daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah yang juga merupakan salah satu IPTA dan satu-satunya politeknik yang menawarkan program seni kreatif sekaligus dapat memperkenalkan JRKV dan PMS secara tidak langsung.


Lukisan seni Doodle terpanjang ini juga merupakan kajian lapangan pelajar-pelajar JRKV bagi kursus Fundamental of Art & Design, Fundamental of Drawing dan Illustration.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang lebih erat dikalangan bakat-bakat muda iaitu pelajar-pelajar JRKV sendiri dengan para pensyarah dalam berkongsi idea sepanjang proses penghasilan lukisan seni Doodle terpanjang ini.

Program seumpama ini juga diharapkan dapat meningkatkan nama PMS dalam melahirkan dan seterusnya menggilap bakat-bakat muda yang bakal menyumbang dalam industri kreatif khususnya di Malaysia.


Tuesday, April 25, 2017

IKON BAHARU MUADZAM SHAH


Dalam usaha mewujudkan produk tarikan di Bandar Muadzam Shah di sini, sekumpulan pelajar Politeknik Muadzam Shah dari dua jabatan iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah berganding bahu untuk menghasilkan lukisan dinding yang kini menjadi trend di beberapa bandar lain dalam negara ini.

Hasil lukisan seni ini diberi nama Tembok Muadzam  yang kini sudah mula menjadi tarikan penduduk setempat yang berkunjung untuk sesi bergambar. Koordinator Projek, Irma nur Syahirin Ali Zaini, 21 berkata, projek lukisan yang melibatkan pelbagai konsep seperti doodle art, mural dan 3D tersebut telah berjaya disiapkan dalam masa lima hari setelah diberi kebenaran oleh Majlis Daerah Rompin (MDR).

Pada mulanya idea menjalankan projek ini timbul setelah berbincang dengan sembilan rakan lain yang mahu mencari sesuatu yang mempu menjadi tarikan supaya bukan sahaja untuk penduduk setempat tetapi pelancong tempatan dan luar berkunjung ke sini.


"Tidak sangka pula mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak MDR dan pelajar JRKV yang akhirnya projek Tembok Muadzam ini berjaya disiapkan. Saya lihat kini ia mula menjadi tarikan bagi penduduk setempat bersantai mengambil gambar, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, lebih berasa puas setelah ia disiapkan kerana semua yang terlibat terpaksa mengeluarkan wang sendiri dan dikumpul untuk membeli cat serta peralatan dengan anggaran kos sebanyak RM 2,000.00. Sambutan dan respons yang sangat baik diberikan oleh masyrakat setempat setakat ini turut menjana semangat positif dan tidak mustahil akan ada lagi projek sebegini pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah turut berbangga dan gembira dengan usaha pelajar yang mencipta sesuatu dalam usaha menghasilkan produk yang mempu menjadi tarikan pelancong ke Muadzam Shah.